Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad (dilahirkan pada 30 Ogos 1985) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009 menerusi watak pembantu dalam drama bersiri Tari Tirana arahan pengarah Shahrulezad Mohammedin sebelum diberi watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi K.I.T.A. dan Dottie pada tahun 2010. Biarpun bermula menerusi watak ringan, nama Sharnaaz mula meniti bibir peminat apabila pengarah Michael Ang memberi peluang kepadanya membawa watak serius sebagai Afandi dalam telefilem Ungunya Cinta. Kini beliau cukup dikenali dengan watak-watak antagonis serta antihero dan dicalonkan dalam beberapa anugerah atas bakat lakonannya.[1][2]

Sharnaaz Ahmad

Pekerjaan Pelakon, model, pengacara
Ibu bapa Datuk Basir Ahmad (bapa)
Datuk Marina Puteh (ibu)
Pasangan Noor Nabila Mohd Noor (k. 2017–2019)
Anak Jebat Jayden Ahmad
Tahun aktif 2009–kini
Kelahiran Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad
(1985-08-30) 30 Ogos 1985 (umur 34)
George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur

Rujukan

WikiPedia: Sharnaaz Ahmad http://www.channelnewsasia.com/news/lifestyle/shar... http://www.imdb.com/name/nm4459961/ http://www.mohdrohaizad.com/2011/07/biodata-profil... http://sensasimalaysia.com/penjelasan-sharnaaz-isu... http://m.themalaymailonline.com/showbiz/article/al... http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://www.bharian.com.my/node/63302?m=1 http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/trans... http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/11/w... http://www.thesundaily.my/news/2201404